Friday, July 31, 2009

Pelangi kita....



" Kita selalu memuji padi di baruh (bendang) orang lain tapi kita tidak menjaga padi yang subur di halaman sendiri "

kata-kata di atas penulis petik dari kata seorang guru silat yang kuat semangatnya walaupun sudah berumur dalam mempertahankan budaya Melayu yang dimilikinya. Dalam perbualannya dengan penulis itulah kata akhir darinya sebagai satu keluhan kepada beberapa golongan dari orang Melayu hari ini dalam soal memelihara budaya bangsa yang ada.

Dalam Majalah Seni Beladiri ( keluaran OGOS 2009 ) penulis memetik kata seorang guru tua (Hj Ramli Mohammad Zin atau Pak Teh Ramli) yang menyebut " kita sering nampak pelangi di atas kepala orang sedangkan pelangi yang sama berada di atas kepala kita ".

Maksud kedua-dua guru tua ini adalah sama iaitu teguran kepada sikap bangsa Melayu yang suka menjulang atau bangga dengan 'barang import' sehingga lupa khazanah tempatan. Kalau dahulu pembesar-pembesar Melayu merupakan pelopor dan penegak kepada khazanah adab dan budaya Melayu yang ada. Mereka juga sebagai benteng pertahanan dan penyuburnya. Tetapi hari ini pembesar Melayu tiada semangat seperti itu. Jika ada sekalipun hanya 'tanya selera sendiri'....

Senaman Tua yang di persembahkan kepada masyarakat ini adalah salah satu komponen peradaban Melayu yang patut dipertahankan dan disuburkan. Bangsa kita telah lama di'suap' dengan kehebatan senaman seperti yoga, Tai Chi, Aerobik, Pilates dan banyak lagi yang diimport oleh masuk ke Malaysia lalu disuburkan diminda umat Melayu oleh media massa dan orang tertentu.

Pengasas Taekwon Do General Choi Hong dianggap wira oleh rakyat korea kerana berjaya membawa seni beladiri Korea ke seluruh dunia. Orang Korea berbangga mempelajari Tae Kwon Do berbanding yang lain.
Orang Jepun lebih berbangga belajar karate, samurai, Aikido dan Jujutsu berbanding lain. Orang kita?? orang kita bangga jika dapat belajar yang import. Pasti yang import lebih mahal dari tempatan..lihat saja KFC kita sanggup bayar RM15 untuk sepinggan hindangan 2 ketul ayam,sebuku roti,sayur dan air segelas. Kalau nasi lemak dengan harga itu dan lauk yang sama...pasti heboh dikutuk.
Senaman Tua/Silat dengan yuran RM50 sebulan 2 kali seminggu sudah dianggap melampau mahal kerana 'tempatannya'...jelaslah bahawa umat Melayu tidak menghargai atau tidak 'nampak' apa perlunya menghargai.

Jika dilihat suasana hari ini...nampaknya 'orang lain' yang disebut guru tua itu mula melihat dan ingin merasai 'padi dihalaman kita'...hari ini ramai orang Eropah datang untuk mengetahui dan mempelajari Senaman Tua. Ada yang sanggup bercuti sebulan datang ke MAlaysia utk mendapatkan sendiri ilmu Melayu ini dari tangan Melayu sendiri. Wang bukan lagi persoalan lg buat mereka kerana mereka nampak apa yang kebanyakan bangsa kita sendiri tidak nampak.

Betul atau tidak kata guru-guru tua itu...renung-renungkannya.

Kelas Senaman Tua


Kelas Senaman Tua (ST) boleh didapati dibeberapa tempat di seluruh negara dengan tenaga pengajar bertauliah :

SETAPAK/GOMBAK : 03-4025 5379 (Meli),
BDR BARU SG BULOH : 013-3993220 (cikgu Suhaimi),  
MAS Subang : 019-286 3610 (Capt. Kamal Hisham) 019-3190691 (Sensei Tan)
SRI KEMBANGAN SERDANG : 019 273 4120 (cikgu Aidil),
SHAH ALAM : 019 3043318 (cikgu Rozman)
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,Shah Alam 013 366 6005 (cikgu Azuan) :
012 2342262 (cikgu Kamaruddin) PETRONAS KLCC :
019 236 7557 (Pn Rohana) 0129510872 (cikgu Fuad)  
KOTA TINGGI JOHOR : 017 7600 775 (cikgu Zaki)  
MELAKA : 016 2387500 (cikgu Omar)  
KOTA BHARU 012-9221542
SANDAKAN SABAH : 019 9186364 (cikgu Nazif)

Untuk seminar Intensif boleh hubungi :

03 4025 5379 AZLAN GHANI - Pengasas Senaman Tua
012 951 0872 AHMAD FUAD - Editor Majalah Seni Beladiri

ASAS ST 3

(kekuatan kaki, paha dan pinggang)
Naga Berlabuh



Duduk Laksamana (asas)


Tapak Lima
(untuk lutut,pinggang dan kaki)



Tenteng



Junjung Langit (set Geliat Harimau)



* Anda dinasihatkan berguru dengan yang tahu petuanya agar dapat manfaat dan 'rasa' senaman ini.

ASAS ST 2

Renang Anak



Dongak Langit


Gulung Ekor Naga (senaman tangan)



Petik Teratai



Junjung Bakul


* Anda dinasihatkan berguru dengan yang tahu petua dan langkah-langkahnya..

Friday, July 24, 2009

PENGASAS/PEMEGANG AMANAH UTAMA


Senaman Tua diasaskan oleh Guru Azlan Ghanie (gambar) yang juga pengasas Silat Melayu Keris Lok 9. Senaman Tua adalah hasil daripada kajian beliau ke atas senaman tradisi budaya Melayu yang dipelajari daripada ayahnya, Allahyarham Abdul Ghanie Abu Bakar. Ayah beliau merupakan keturunan dari Datu Patinggi Abang Borhassan iaitu Raja Melayu Sarawak - Merpati Jepang.
Bonda beliau Hjh Rogayah Jaafar pula dari keturunan Panglima Endut (salah seorang Panglima Istana di Pahang) berdarah Bugis dan Maharaja Perba Jelai.

Dalam kerjayanya sebagai seorang wartawan dan pengasas majalah PENDEKAR dan SENI BELADIRI, beliau meneruskan kajiannya dengan merisik kepada lebih 200 guru silat dan pakar perubatan tradisi Melayu selama lebih 20 tahun.


Walaupun berpeluang mengkaji senaman ini dengan lebih mendalam, tetapi beliau hanya nekad melakukannya setelah mengalami serangan angin ahmar sehingga lumpuh separuh badan pada awal 1990-an. Menggunakan kaedah nafas yang diperturunkan Allahyarham ayahnya, Azlan berjaya memulihkan dirinya sehingga disahkan sihat.

ASAS SENAMAN TUA 1


Berikut merupakan contoh gerakan dalam Senaman Tua. Ada 1001 gerakan senaman berdasarkan petua. Blog ini hanya memberikan gambaran asas sahaja. Perlu berguru untuk mendapat 'rasa' sebenar berdasarkan petua. Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kesakitan kepada badan anda tanpa merujuk kepada yang tahu ttg petua senaman ini.




Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis berdiri statik
Nama Senaman : Senaman Jengket

Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Sederhana (antara berdiri & duduk)
Nama Senaman : Senaman Naga Berlabuh

Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Bersila
Nama Senaman : Senaman Silang Siku



Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Duduk Berlunjur
Nama Senaman : Senaman Tegang Pusat

Contoh gerakan Senaman Tua - Jenis Meniarap
Nama Senaman : Senaman Geliat Anak Harimau


- akan menyusul nanti gerakan-gerakan asas yang lain. Blog ini masih dalam pembinaan. - Moderator

KENALI SENAMAN TUA


Senaman Tua merupakan senam atau pergerakan untuk meningkatkan kecergasan yang diilhamkan oleh orang-orang Melayu dahulukala. mengapa senaman ini dinamakan TUA? Secara ringkasnya, asal tua diambil dari perkataan PETUA dimana senaman ini bergerak diatas petua. Petua merupakan suatu skala disiplin yang telah di’padatkan’ dan diringkaskan lalu mampu menghasilkan pelbagai gerakan senaman.

Senama ini bertepatan sekali dikatakan TUA kerana usianya yang tua (lama) dan diilhamkan oleh orang tua-tua (tua umur- tua pengalaman). Apa yang salah ialah senaman ini adalah khusus untuk orang tua kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur.
Senaman Tua merangkumi senaman yang bersifat ringan, sederhana dan berat(extreme) yang boleh dilakukan mengikut kemampuan pengamal masing-masing.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah orang Melayu dahulukala sudah mempunyai suatu ilmu untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

Selain dari senaman, senaman tua akan menghidangkan kepada pengamalnya untuk mengenali budaya Melayu dan silat Melayu. Ini kerana pergerakan senaman Tua sebahagiannya adalah gerakan dari gerakan harian orang Melayu seperti bersila, bersimpuh dan bersilat.

Hari ini setelah diperkenalkan ST selama lebih sepuluh tahun, pengasas Senaman Tua (ST) dan para jurulatih ST telah mendapat pelbagai tindakbalas dan reaksi positif para pengamal ST samada dari dalam atau luar negara... Senaman Tua sehingga ke hari ini telah membuktikan keserasiannya untuk menjadi penyembuh kepada beberapa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, asma, leukemia, masalah pernafasan dan lain-lain lagi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, oleh itu jom bersenam dengan senaman tradisi !!