Friday, July 24, 2009

KENALI SENAMAN TUA


Senaman Tua merupakan senam atau pergerakan untuk meningkatkan kecergasan yang diilhamkan oleh orang-orang Melayu dahulukala. mengapa senaman ini dinamakan TUA? Secara ringkasnya, asal tua diambil dari perkataan PETUA dimana senaman ini bergerak diatas petua. Petua merupakan suatu skala disiplin yang telah di’padatkan’ dan diringkaskan lalu mampu menghasilkan pelbagai gerakan senaman.

Senama ini bertepatan sekali dikatakan TUA kerana usianya yang tua (lama) dan diilhamkan oleh orang tua-tua (tua umur- tua pengalaman). Apa yang salah ialah senaman ini adalah khusus untuk orang tua kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur.
Senaman Tua merangkumi senaman yang bersifat ringan, sederhana dan berat(extreme) yang boleh dilakukan mengikut kemampuan pengamal masing-masing.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah orang Melayu dahulukala sudah mempunyai suatu ilmu untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

Selain dari senaman, senaman tua akan menghidangkan kepada pengamalnya untuk mengenali budaya Melayu dan silat Melayu. Ini kerana pergerakan senaman Tua sebahagiannya adalah gerakan dari gerakan harian orang Melayu seperti bersila, bersimpuh dan bersilat.

Hari ini setelah diperkenalkan ST selama lebih sepuluh tahun, pengasas Senaman Tua (ST) dan para jurulatih ST telah mendapat pelbagai tindakbalas dan reaksi positif para pengamal ST samada dari dalam atau luar negara... Senaman Tua sehingga ke hari ini telah membuktikan keserasiannya untuk menjadi penyembuh kepada beberapa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, asma, leukemia, masalah pernafasan dan lain-lain lagi.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, oleh itu jom bersenam dengan senaman tradisi !!

No comments: