Wednesday, April 28, 2010

Mengajarlah, nescaya kamu diajar...


"Memberilah...nescaya kamu akan diberi(rezeki)...
Mengajarlah...nescaya kamu akan diajar..."

Khas untuk yang diberi amanah mengajar Senaman Tua....
kata-kata diatas, penulis sematkan dalam hati.Kata-kata seorang ulama sewaktu remaja.
Penulis nak kaitkan dengan ilmu yang diperolehi. Kata seorang guru "jangan tunggu ilmu sampai penghujung baru hendak memberi(mengajar) kerana ilmu sampai bila-bilapun tiada penghujung atau kita yg dahulu bertemu hujungnya(mati)"

Senaman Tua, tiada penghujung atau penamatnya...ia akan selalu bercambah pucuk dan ranting yang baru dikala kita mengajarkannya kepada orang. Jika kita ada 10 kaedah sesuatu ilmu, jika ingin ilmu itu 'beranak pinak' sampaikanlah pada orang dengan setulus ikhlas.

Pengalaman ini dirasai penulis apabila mula-mula mengajar ST. Kita mulakan dengan al-Fatihah dan doa sebagai pembuka gelanggang dan terus satu demi satu menyampaikan gerak sebagaimana yang diajar guru ( guru Azlan).
Walaupun ilmu baru setahun jagung, tetapi hasil drpd 'memberi' itu...penulis dapat pecahkan senaman dengan pecahan yang baru dan ada rasanya. Semuanya didapati semasa kelas dalam gelanggang(dgn berpegang kepada petua asal).

kesimpulannya ;
Saidina Ali r.a pernah berkata "harta jika dikeluarkan, ia akan habis tetapi ilmu jika dikeluarkan (ajar) ia akan bertambah-tambah"

1 comment:

Zuraini Hisyam said...

Setuju! antara lain untuk mencambahkan 'pucuk' ilmu yang asas itu ialah berbincang sesama penuntut. Setiap orang diberi 'tunas' yang berlainan. Maka berkongsilah agar ilmu Melayu subur dan mekar.