Saturday, May 21, 2011

Senaman Tua...bantu memulihkan kecederaan

Tajuk yang ditulis ni bukan bermakna pengamal senaman Tua (ST) tidak memerlukan doktor atau rawatan hospital apabila sakit. Ia cuma memberi sedikit kelebihan yang ada pada ST yang telah dibuktikan dengan banyak maklumbalas positif pengamal (dalam dan luar negara) yang telah pulih dari kecederaan hasil dari ST yang berterusan.

Ada pengamal dari luar negara merasai pemulihan daripada kecederaan yang bertahun-tahun di pangkal bahu (akibat latihan lasak beladiri) dengan satu sesi ST sahaja...setiap gerakan / senaman dalam ST, ada peminatnya...ada seorang sahabat ST mengatakan suka dengan senaman Naga Berlabuh kerana dia merasakan kekuatan dipinggang, lutut dan bukulali.

Senaman Tua yang dipaparkan di atas ini adalah salah satu daripada koleksi yang membantu individu yang terseliuh pinggang, urat belikat,bahu dan tengkuk...
kadar pemulihan sebenarnya bergantung kepada ketepatan melakukannya dan juga bergantung kepada fizikal seseorang. Kadang-kadang kecederaan pulih semudah 1-2-3 dan adakala kes yang mengambil masa untuk pulih.
Secara mudah kaedah Melayunya penulis bandingkan, jika sakit/lenguh pinggang-kita jumpa pakar urut + RM++...atau jika sakit/lenguh pinggang belikat - kita buat ST + kesungguhan diri.

* kaedah ST diatas perlukan bimbingan jurulatih yang bertauliah dan mahir...Gambar diatas hanyalah 'kulit' kepada senaman sebenar. Dinasihatkan berguru di kelas-kelas ST untuk mendapatkan PETUAnya.


---- Laman ini akan di update kan sebulan sekali insyaallah dengan grafik/gambar Senaman Tua---

5 comments:

Zuhdi Sendeng said...

begitu unik Senaman Tua...Melayu harus bangga mempelajarinya...

Syukriey said...

kenapa Senaman Tua masih belum terkenal di Malaysia??

Anonymous said...

jawapanya mudah saja..Melayu memang kedekut Ilmu..itu sebabnya banyak warisan melayu hilang begitu sahaja.. senaman tua ni pun kalau nak cari video contohnya nya pun takde..kalau ada pun sikit sangat dia pamerkan..kalau kita tengok bangsa lain, mereka memyebarkan ilmu mereka secara meluas dan mudah diperolehi.. kalau nak tengok senama taichi pun ada videonya..mereka tak kedekut.. semua org pun tau belajar dari buku atau video tak kan dapat kesan yg baik. mesti ikut kelas juga.. sapa yg bersungguh akan pergi cari guru utk belajar..sebagai permulaan, setidaknya dapat tengok gerakanya.. tapi biasa la melayu bakhil, aku tengok video taichi..dan berminat cari guru taichi nak belajar..video senaman tua dah lama cari..tapi tak ada pun..menyebabkan bertyambah meluat dgn melayu punya perangai.. Melayu tak belajar tentang amalan yg menyelamatkan mereka dalam kubur.. ilmu bermanafaat yg diajarkan.. Org kapir je tau benda tu..

MODERATOR said...

saya rasa sebutan 'kedekut ilmu' tu tak pada semua Melayu...
kenapa tidak banyak video ST di internet?? kerana faktor kekurangan tenaga kerja dan kewangan..jika kedekut ilmu, sudah tentu pengasas atau jurulatih takkan menerbitkan setiap bulan gerakan ST di dalam majalah Seni Beladiri dan juga di blog masing2.
Faktor lain sprt 'sinis' pandangan orang Melayu terhadap ilmu Melayu sendiri..itu dialami sendiri kami yg diketawakan dalam majlis penerangan ST,apabila menyebut nama senaman ini ( Tua ).

Anonymous said...

Saya setuju pandangan tuan tanah ni, melayu tak kedekut ilmu cuma orang melayu sendiri pandang rendah ilmu orang melayu. Tak percaya, cuba cakap melayu dalam meeting formal syarikat swasta, pasti ada yang malu2 nak cakap melayu. Masalahnya semua kat dalam meeting tu kaler hitam2 + coklat.

Orang melayu punyai nilai rendah diri yang tinggi, merendah diri tak apa tapi jangan rasa nilai diri tu rendah sangat.