Monday, August 3, 2009

Senaman Tua Menjadi Tanda Tanya...


Setakat ini belum ada kajian menyeluruh tentang gerakan ST dari sudut ilmu sains sukan atau sebagainya...tetapi ia tetap diamalkan dan menjadi tanda tanya bagi orang yang sudah merasai kesannya. Sebagai contoh, sudah ramai pengamal ST yang menghidapi penyakit asma (lelah) yang mengamalkan ST dalam beberapa sesi telah pulih dari penyakit tersebut. Ada yang merasai pemulihan dari asma pada sesi pertama ST. Ada yang seminggu. Ada yang mencapai 2-3 bulan bergantung kepada badan seseorang untuk pulih.

Penulis sendiri penghidap asma sejak berumur 12 tahun dan mengamalkan ST 10
tahun kemudiannya selama 3 bulan, alhamdulillah sembuh sepenuhnya.
Penulis juga menghidap resdung (Sinusitis) yang agak kronik semasa berumur 15
tahun. Semasa menuntut di IPT,masalah ini masih belum selesai disamping asma.
Hidung berair,bersin,mata merah berair lagi gatal sehingga telinga rasa
berdengung menyebabkan banyak hari tidak selesa.Ia pulih selepas 5 bulan sesi
ST yang berterusan.

Semasa sesi seminar ST (selama 3 hari) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Tahun 2003, seorang pengamal berumur 45 tahun dari Pahang datang menyertai.Dia merupakan penghidap asma semasa berumur 4 tahun. Sepanjang hari pertama seminar ST, tanpa disedari dia tidak menyedut alat sedutan (inhaler) sampai ke malam hari dimana kelaziman baginya setiap hari 2-3 kali sedutan terpaksa lakukan.

Kami (pengajar ST) juga tidak terfikir seorang pesakit leukimia boleh kembali normal apabila menjalani sesi Senaman Tua yang berterusan. Namun ini pernah dibuktikan.


Bagaimana pula pengasas ST sendiri Guru Azlan Ghanie (Penerbit Majalah Senibeladiri) sendiri yang pulih dari stroke dengan amalan ST yang bersifat extreme...

Ia tetap menjadi tanda tanya...tidak dapat dihuraikan oleh guru dan pemegang amanah (jurulatih) bagaimana pengamal boleh sembuh. Tidak dapat diterangkan gerakan yang mana satu didalam 1001 gerakan ST yang menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Apa yang boleh dikatakan, kita cuma berikhtiar dan mencuba tanpa putus asa (istiqamah),jika serasi ubat dan dengan izin Allah,maka sembuhlah ia.

Telah banyak testimonial ST yang diperolehi dari pengamal-pengamalnya baik di Malaysia atau luar negara (kelas ST di luar negara).Akan menyusul artikel testimonial pengamal yang merasai pemulihan diri dari amalan senaman Tua.

2 comments:

Husaini, Air Keroh said...

saya juga tertanya-tanya kenapa apabila saya melakukan senaman erobik setiap hari selama sejam setiap sesi..kesannya tidak sama dengan saya melakukan ST seminggu 2 atau 3 kali dengan masa yg sama.
Jika setiap hari ST dengan kadar 1 jam jawabnya boleh demam...tapi saya berjaya memulihkan diri yang mengalami tekanan saraf dipangkal leher.

MODERATOR said...

demam tu dipanggil 'demam urat'...sebab kebanyakkan gerakan senaman tua tertumpu kepada urat dan otot kecil..so, buat ikut kemampuan.