Monday, August 3, 2009

Apabila Panas bertemu dingin...


Baru-baru ini saya terbaca disebuah akhbar satu artikel tentang rawatan refleksologi dan urutan badan. Wartawan artikel tersebut menemuramah pengamal rawatan tersebut ada Melayu dan ada juga Cina. Saya rasa perlu perkara ini diketengahkan disini agar jadi panduan bersama dimana saya merujuk fokus artikel tersebut tentang 'angin' dalam badan.

Bila kita sebut 'angin' dalam badan, bukan merujuk kepada perut masuk angin sebab lambat makan atau angin yg satu jenis lg yang keluar melalui 'ekzos' kita tu. Ini merujuk kepada angin yang memenuhi urat kita yang kesannya kita rasai otot dan urat lenguh-lenguh, sengal sendi dan seumpamanya...ada orang tua-tua cakap ayatnya "badan saya berangin la"...

Saya fokus kepada antara penyebab angin masuk ke dalam badan kita ialah kaki selalu terdedah kepada lantai dirumah yang bersimen/mozek yang sejuk. Kenapa jadi begitu? menurut artikel itu, kaki kita mempunyai ribuan sel darah dan saraf yang menyambungkan kepada seluruh sistem badan. Pertemuan antara kaki kita yang 'panas' dengan 'dingin' lantai menyebabkan badan kita berangin.

Terus saya nak kaitkan dengan senaman atau silat. Bagi yang mengamalkan Senaman Tua atau bersilat di atas lantai bersimen atau mozek dimana tapak kaki terdedah terus kepada permukaan lantai yang begitu...adalah disarankan memakai stokin. Bila kita bersenam atau bersilat pasti tapak kaki kita akan 'panas' kerana aliran darah ke saraf-sarafnya, maka jika terdedah terus kepada kesejukan lantai pasti tidak menyihatkan. stokin tersebut menjadi alas/pendinding kaki kita dengan lantai yang sejuk. Jika gelanggang sudah berpermaidani, tidak menjadi masalah lagi.

Pernah juga saya merasai urutan refleksologi di kaki suatu ketika dulu.Selepas rawatan lebih kurang 40 minit, pengamal urut kaki tersebut memberi pesan supaya jangan balik mandi dalam masa 2 jam sebab kaki masih panas. Nanti masuk angin katanya. Jika terpaksa berwuduk, segera lap kaki selepas selesainya.
Petua begini sudah lama dalam adat Melayu kita. Kalau nak tau kesannya sama juga jika kita badan tengah panas (joging/senam) terus kita minum air yg berais..tidaklah pengsan atau pitam. Tetapi kita bercakap tentang 'angin' masuk badan.

Bila buat Senaman Tua tumpuan di kaki (cth: tapak 9 dan jengket) ramai juga yang sendawa keluar angin.

Tiada kajian saintifik setakat ini berkenaan dakwaan ini tetapi ia merupakan kepada petua dan pengalaman pengamal perubatan alternatif dan orang tua-tua...wallahua'lam

2 comments:

Zainol - Teluk Intan said...

Sy pernah pi urut reflexologi...seorang cina (tradisi lama punya olang maa)..dalam 40 minit dia buat urutan (sakit gak tapi sedap).
Lepas urutan tu dia tanya kat rumah lantai apa.Jika mozek atau simen, dia suruh pakai stokin atau pakai selipar (dlm rumah) dalam masa 2 jam.
-katanya tak berkesan urutan tu kalau tak amalkan petua diatas.Mungkin maksud dia 'angin' kot.

Ruzaimi said...

walaupun tiada kajian saintifik...pendapat pengamal perubatan tradisi Melayu atau Cina perlu diambil kira kerana pendapat mereka berdasarkan pengalaman yang lama...saya setuju!